Posts

Showing posts from March 26, 2017

Kantung Kosong????

KANTUNG KOSONG???             Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini menceritakan tentang perkara yang agak di takuti oleh ibu-ibu yang menginginkan cahaya mata. Kantung kosong?..itulah yang saya alami baru-baru ini. Sedih namun saya akur dan bersyukur kerana mungkin ada hikmahnya sebalik kejadian yang menimpa pada saya. Saya redha, Allah adalah sebaik-baik perancang..             Disebabkan perkara ini, saya menjadi teman setia Mr Google untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku. Walaupun penerangan telah diberikan oleh Pakar yang saya temui iaitu Dr Heong namun hati kecil ini terdesak untuk buat kajian sendiri dan mencari maklumat tentang ‘kantung kosong’ . Sebenarnya ada beberapa punca terjadinya perkara ini namun saya focus terhadap salah satu puncanya iaitu “Blighted Ovum” yang bermaksud persenyawaan yang Berjaya tetapi Embrio gagal berkembang a...

kisahku / kehamilan ku kosong part 2

Image
       Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kisahku  / kehamilan ku   kosong  part 2 . Kisahnya bermula apabila kami suami isteri berjumpa dengan doktor pada 22/02/2017 untuk mengetahui keadaan baby. Perasan itu sama seperti masa mula-mula mnjalani scanning semasa mengandungkan Alesya.. Sangat teruja..        Namun, perasan itu berubah apabila doktor mengkhabarkan berita yang mengejutkan bahawa hanya terdapat kantung sahaja..mengikut perkiraan pada masa itu usia kandungan saya sepatutnya 8 minggu 5 hari tetapi doktor memberitahu bahawa usia kandungan baru mencecah 6 minggu 6 hari..kecewa dan sedih.. Tak kan saya salah Kira?Tapi saya yakin dengan perkiraan saya.Doktor tersenyum, mungkin dia faham perasaan kami.. 6 minggu 6 hari..        Dia memberitahu kemungkinan kami salah kira ataupun masalah baby tidak berkembang memandangkan tiada denyutan jantungnya. Beliau memberi pilihan sama ada tunggu untuk se...

kisahku / Kehamilan ku....Part 1

Image
       Teruja....begitulah yang dapat di gambarkan perasaan saya pada masa itu. Setelah sekian lama menunggu , berusaha dan bertawakkal padaNya akhirnya kami mendapat hadiah yang tidak ternilai harganya..        Kisahnya bermula pada hari jumaat 21/01/17 selepas balik dari sekolah tergerak hati untuk membuat pregancy test..oleh kerana tidak sabar saya tidak sanggup menunggu menguji pada keesokan harinya..Terdetik dari hati..test saja esok2 boleh test lagi..😊  Pada mulanya saya hampa...line merah cuma 1..tapi..selepas beberapa minit kemudian saya melihat kembali alat penguji kehamilan berkenaan...terkejut..macam tak percaya😮..ada dua line merah..tapi 1 line kabur2..biar betul..alhamdulillah..saya betul2 teruja..bersemangat dan terus wasap en suami.. Upt positif.. 😍😘        Sejak saya mengandung, en suami sering nasihatkan saya supaya sentiasa berhati2 dan menjaga makan minum. Setiap hari selepas solat saya bersyuk...