kisahku / Kehamilan ku....Part 1

       Teruja....begitulah yang dapat di gambarkan perasaan saya pada masa itu. Setelah sekian lama menunggu , berusaha dan bertawakkal padaNya akhirnya kami mendapat hadiah yang tidak ternilai harganya..
       Kisahnya bermula pada hari jumaat 21/01/17 selepas balik dari sekolah tergerak hati untuk membuat pregancy test..oleh kerana tidak sabar saya tidak sanggup menunggu menguji pada keesokan harinya..Terdetik dari hati..test saja esok2 boleh test lagi..😊  Pada mulanya saya hampa...line merah cuma 1..tapi..selepas beberapa minit kemudian saya melihat kembali alat penguji kehamilan berkenaan...terkejut..macam tak percaya😮..ada dua line merah..tapi 1 line kabur2..biar betul..alhamdulillah..saya betul2 teruja..bersemangat dan terus wasap en suami..
Upt positif.. 😍😘
       Sejak saya mengandung, en suami sering nasihatkan saya supaya sentiasa berhati2 dan menjaga makan minum. Setiap hari selepas solat saya bersyukur atas nikmatNya dan berdoa supaya kandungan berada dalam lindunganNya.
Amiin..Mudah2an semuanya dalam keadaan selamat.
       Sebagai penjagaan semasa kehamilan, saya mengambil supplement seperti asid folik,  b complex dan ostematix daripada brand shaklee. Selain daripada itu, saya juga mengamalkan susu kambing higoat dan jus delima supaya menambahkan hb memandangkan sebelum ini saya mengalami hb rendah semasa mengandungkan Alesya (puteri sulung saya)..
      Sebagai amalan rohani saya juga sering berzikir dan berdoa supaya emosi saya sentiasa stabil dan tidak terganggu. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu berada dalam keadaan yang tertekan ataupun stress.
Antara doa yang saya amalkan..
Sekian untuk entry kali ini..jumpa lagi dalam kisahku / kehamilanku kosong..part 2

Wassalam..

Comments