kisahku / kehamilan ku kosong part 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kisahku / kehamilan ku kosong part 2. Kisahnya bermula apabila kami suami isteri berjumpa dengan doktor pada 22/02/2017 untuk mengetahui keadaan baby. Perasan itu sama seperti masa mula-mula mnjalani scanning semasa mengandungkan Alesya.. Sangat teruja..
Namun, perasan itu berubah apabila doktor mengkhabarkan berita yang mengejutkan bahawa hanya terdapat kantung sahaja..mengikut perkiraan pada masa itu usia kandungan saya sepatutnya 8 minggu 5 hari tetapi doktor memberitahu bahawa usia kandungan baru mencecah 6 minggu 6 hari..kecewa dan sedih.. Tak kan saya salah Kira?Tapi saya yakin dengan perkiraan saya.Doktor tersenyum, mungkin dia faham perasaan kami..
Dia memberitahu kemungkinan kami salah kira ataupun masalah baby tidak berkembang memandangkan tiada denyutan jantungnya. Beliau memberi pilihan sama ada tunggu untuk seminggu ataupun terus cuci rahim..tergamam kami suami isteri, akhirnya kami mengambil keputusan untuk menunggu seminggu lagi..
Suami tidak henti2 menenangkan saya, In Sha Allah sekiranya itu rezeki kita, maka kita terima dan sekira sebaliknya maka itu adalah ujian daripada Nya yang juga kita harus terima.. Yang penting kita berdoa semoga semuanya berada dalam keadaan selamat..
Kata-kata suami membuatkan saya terkedu.. Ya Allah.. Hambamu ini sangat lemah..Ampunkan la daku Ya Allah.. Mungkin ada hikmah di sebalik ujian ini..Engkaulah sebalik - baik perancang Ya Allah..
Hasil perbincangan kami suami isteri, kami ingin menggunakan scan 2D di Klinik Heong, salah satu doktor pakar perbidanan..walaupun perbelanjaan yang agak mahal tetapi kami tidak kisah asalkan dapat kepastian dan kesahihan tentang baby..Pada perjumpaan kali pertama, (08/03/2017) keputusan sama seperti mana yang di beritahu oleh Dr Shariani.. Dr Heong jgk memberi peluang supaya menunggu seminggu lagi dan sekiranya hasilnya masih sama maka, saya terpaksa untuk mnjalani d&c untuk mencuci rahim.
Bersambung pada entry seterusnya.
kisahku / Kehamilan ku kosong part 3

| 6 minggu 6 hari.. |

| Hasil scan 8/3/17 dan 15/3/17 |
Akhirnya kami mengalah kerana kedua-dua perjumpaan bersama Dr Heong menjelaskan bahawa bukan rezeki kami untuk menimang cahaya mata kedua. Beliau memberi pilihan sama ada membuat d&c klinik @ di hospital.. Terpulang kepada kami..
Saya menyatakan hasrat kepada suami untuk menjalani d&c di hospital. Suami setuju dengan permintaan saya. Memandangkan cuti pertengahan semester tidak lama lagi, saya mengambil keputusan untuk membuat semasa cuti tersebut. Akhirnya, saya membuat temujanji sekali lagi pada 20/03/2017 untuk review terus di hospital.Bersambung pada entry seterusnya.
kisahku / Kehamilan ku kosong part 3
Comments
Post a Comment