Kantung Kosong????

KANTUNG KOSONG???

            Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini menceritakan tentang perkara yang agak di takuti oleh ibu-ibu yang menginginkan cahaya mata. Kantung kosong?..itulah yang saya alami baru-baru ini. Sedih namun saya akur dan bersyukur kerana mungkin ada hikmahnya sebalik kejadian yang menimpa pada saya. Saya redha, Allah adalah sebaik-baik perancang..

            Disebabkan perkara ini, saya menjadi teman setia Mr Google untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku. Walaupun penerangan telah diberikan oleh Pakar yang saya temui iaitu Dr Heong namun hati kecil ini terdesak untuk buat kajian sendiri dan mencari maklumat tentang ‘kantung kosong’. Sebenarnya ada beberapa punca terjadinya perkara ini namun saya focus terhadap salah satu puncanya iaitu “Blighted Ovum” yang bermaksud persenyawaan yang Berjaya tetapi Embrio gagal berkembang atau mati yang menyebabkan Rahim menjadi kosong. Biasanya ibu-ibu yang menghadapi situasi ini, maka kehamilan akan berakhir dengan keguguran.( sama seperti yang saya alami). Saya akan berkongsi pengalaman ini pada entry akan datang  ‘kisahku  /  Kehamilan ku kosong part 3’

            Daripada hasil maklumat saya saya perolehi, biasanya ketika wanita hamil, sel telur yang dibuahi menempel pada dinding Rahim. Sekitar 5-6 minggukehamilan, embrio seharusnya sudah menunjukkan dirinya dan pada masa itu janin berkembang sekurang-kurangnya berukuran 18mm. Namum, pada Blighted ovum, walaupun kantung kehmilan trbentuk dn berkembang tetapi embrio tidak terbentuk walaupun melakukan scam melalui BETA HCG. Maka blighted ovum ini juga dekenali sebagai anembryonic pregnancy

Apa Penyebab blighted Ovum?

Biasanya ia berkaitan dengan masalah kromosom, struktur yang membawa gen. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh kualiti sperma atau sel telur yang tidak berkualiti. Ataupun disebabkan oleh pembelahan sel yang abnormal sehingga tubuh menghentikan kehamilan apabila menyedari keabnormalan ini.

Tanda-tanda blighted ovum atau kehamilan kosong

Walaupun mengalami blighted ovum namun tanda-tanda kehamilan  turut di alami juga..Berdasarkan pengalaman saya, morning sickness, tidak datang bulan dan alahan yang lain saya alami semasa proses kehamilan kosong. Keadaan ini kita tidak akan sedari sehinggalah kita melakukan scan (ultrasound).

Keadaan ini akan berterusan, dan tanda-tanda keguguran akan wujud. Antara tanda yang akan dialami seperti;

·         Kekejangan perut seperti senggugut
·         Flek atau pendarahan vagina (darah seperti haid)
·         Menstruasi yang lebih banyak dari biasanya

Saya sendiri mengalami tanda-tanda tersebut semasa usia kehamilan saya 12 minggu 4 hari dan berlakulah keguguran tanpa melakukan D&C yang dikenali ‘complete miscarriage’. Complete miscarriage ini merupakan proses keguguran sendiri iaitu  janin keluar dengan sendirinya (akan diceritakan pada entry berikutnya)

Itulah serba sedikit maklumat yang saya perolehi dan pengalaman yang yang tidak dapat saya lupakan. Semoga saya terus tabah dan berpeluang untuk mendapatkan cahaya mata lagi..Doakan saya yer..Aamin… Mudah-mudahan diperkenankan olehNya..


Comments

  1. Jika berlaku tiga2 tanda berapa lama kantung akan gugur sepenuhnya...sebab bila scan kantung masih da

    ReplyDelete

Post a Comment