Pengalamanku - complete miscarriage
Pada
entry sebelum ini saya menceritakan tentang kisahku / kehamilan ku kosong. Namun,
pada entry hari ini saya akan menceritakan tentang kesinambungan pengalaman
sehingga saya mengalami ‘complete miscarriage’. Alhamdulillah, syukur kehadratNya
kerana saya tidak perlu untuk menjalani d&c .
Kisahnya berlaku apabila bermulanya cuti pertengahan
semester. Pada masa itu (18/03/2017)
saya menghantar suami ke airport kerana suami ada urusan di kota kinabalu. Pada
mulanya suami teragak-agak hendak pergi tetapi saya mengatakan bahawa saya
berada dalam keadaan yang baik. Tetapi pada waktu itu la sebenarnya bermulanya
keluar cecair (darah) yang merupakan tanda-tanda awal keguguran namun saya
tidak memberitau suami kerana tidak mahu dia berasa risau.
Selepas menghantar suami, saya dan
puteriku Alesya berjalan2 sementara menunggu Klinik Heong buka kerana hari masih
awal lagi. Kami sempat bersarapan dan bergelak ketawa. Selepas itulah saya
membuat temujanji untuk review seterusnya ke hospital iaitu pada 20/3/2017 (isnin).
CPuteriku meminta dihantar ke tempat ibunya (pengasuhnya dari usia 4 bulan lagi
merangkap kakak saya sendiri)..hehehe..
![]() |
| kesayangan hamba- Ameera Aleesya |
Sementara Alesya bersama ibunya,
saya seorang diri di rumah dan mengambil kesempatan untuk membersihkan dan
mengemas rumah memandangkan saya akan berpantang nanti. Pada masa itu, darah
sering keluar dan kerap kali menukar pad. Namun, saya tidak berasa sakit
sedikit pun . Oleh itu, saya anggap ia perkara biasa. Hal ini berlarutan
sehingga malam apabila Alesya dihantar balik rumah.
Tetapi hal ini bukan semudah yang
saya fikirkan. Pada jam 2.30 pagi sakit mula terasa di bahagian perut, ari-ari
dan belakang. Sakit semakin teruk dan berpanjangan. Saya mengambil keputusan
terus wasap en suami. En suami meminta saya bertahan. Rupa-rupanya dia
menelefon kakak dan abg ipar untuk datang dan membawa saya ke hospital.
Alhamdulillah,walaupun masih mengantuk tetapi Alesya faham dan hanya menurut
apa yang disuruh. Jam 3.00 pagi kami sampai ke hospital dan terus masuk ruangan
emergency E3 sementara kakak di kaunter pendaftaran.
Saya di minta naik katil untuk
pemeriksaan. Setelah di soal selidik, saya di minta untuk mengangkangkan kaki
seolah2 dalam keadaan untuk bersalin. Doktor membuat pemeriksaan dan
menggunakan alat untuk mengorek masuk ke dalam vagina..sakit dan ngeri tetapi
saya tetap bertahan sambil menarik nafas sambil berzikir ..`LAA ILAAHA ILLAA
ANTA SUBHANANAAKA INNI KUNTUM MINAZH ZHALIMIN`…berulang2 tanpa putus…Alhamdulillah
keluar seketul seakan- akan kantung..sungguh cantik, bulat dan sempurna..FOC
puan sudah keluar ujarnya..saya Cuma mengangguk lemah.
Saya di minta berehat dan menukar kain memandangkan darah penuh di katil
dan pakaian yang saya pakai. Saya
ingatkan sudah selesai, namun sakitnya masih terasa di bahagian ari-ari, perut
dan belakang seakan-akan hendak buang air besar..alahai dalam hati berdoa supaya
tidak terberak..huhu..Saya terus meneran macam hendak bersalin dan akhirnya terasa
macam ada sesuatu yang keluar. Doctor dan nurse membuat pemeriksaan sekali lagi.
Alhamdulillah puan, ada FOC lagi keluar…kata nurse yang sama tadi..Doktor
memasukkan sesuatu sekali lagi ke dalam vagina saya..sakit tetapi saya masih
tetap bertahan. puan akan rasa lebih
baik sudah ni, kata doctor..puan berehatlah..Alhamdulillah rasa sakit terus
hilang serta merta namun, zikir tetap tidak lekang dari bibir saya..Pagi nanti
puan akan di rujuk dengan doctor pakar dan sekiranya tiada apa2 puan sudah
boleh balik hari ini…yeeeyy..alhamdulillah happy..
Jam sudah menunjukkan 7.00 pagi,
saya meminta kakak balik dahulu membersihkan diri sementara menunggu
pemeriksaan doctor pakar.Alesya melambai dari jauh kerana anak kecil tidak
dibenarkan untuk mendekati katil pesakit. Sayu dan kecian melihat Alesya..belum
ada rezekimu nak untuk mendapatkan adik.. En suami bertanyakan khabar dan rasa
bersalah kerana pada saat begini dia tiada disisi. Tidak mengapa, perkara
terjadi di luar jangkaan..mungkin ada hikmahnya..saya redha..Flightnya jam 1.20
petang nnt.
Tepat jam 9.20 pagi saya diusung ke
bilik pemeriksaan pakar. Ujian ultrasound dan membuat pemeriksaan ke dalam
vagina sekali lagi..kali ini lebih sakit lagi..saya tetap bertahan..Akhirnya, doctor
pakar senyum dan berkata..alhamdulillah puan..selesai sudah. inilah yang di panggil
complete miscarriage...ni kantung puan..balik nanti minta suami tanam ya..(gambar di atas) puan tidak perlu masuk
wad…saya bagi MC 2 minggu dan ubat..puan berehatlah dan sebulan kemudian review
semula..nanti saya bagi tarikh review..Gembira tak terkata..syukur alhamdulillah..segala
urusan telah dipermudahkan..Menunggu untuk di jemput balik…
Bermula episode berpantang……
Wasalam..
With
love…mami icha


Hi..sis pergi klinik mana ya?
ReplyDelete