Pengalamanku - complete miscarriage

              Pada entry sebelum ini saya menceritakan tentang  kisahku / kehamilan ku kosong. Namun, pada entry hari ini saya akan menceritakan tentang kesinambungan pengalaman sehingga saya mengalami ‘complete miscarriage’. Alhamdulillah, syukur kehadratNya kerana saya tidak perlu untuk menjalani d&c .

            Kisahnya  berlaku apabila bermulanya cuti pertengahan semester. Pada masa  itu (18/03/2017) saya menghantar suami ke airport kerana suami ada urusan di kota kinabalu. Pada mulanya suami teragak-agak hendak pergi tetapi saya mengatakan bahawa saya berada dalam keadaan yang baik. Tetapi pada waktu itu la sebenarnya bermulanya keluar cecair (darah) yang merupakan tanda-tanda awal keguguran namun saya tidak memberitau suami kerana tidak mahu dia berasa risau.

            Selepas menghantar suami, saya dan puteriku Alesya berjalan2 sementara menunggu Klinik Heong buka kerana hari masih awal lagi. Kami sempat bersarapan dan bergelak ketawa. Selepas itulah saya membuat temujanji untuk review seterusnya ke hospital iaitu pada 20/3/2017 (isnin). CPuteriku meminta dihantar ke tempat ibunya (pengasuhnya dari usia 4 bulan lagi merangkap kakak saya sendiri)..hehehe..


kesayangan hamba- Ameera Aleesya 
            Sementara Alesya bersama ibunya, saya seorang diri di rumah dan mengambil kesempatan untuk membersihkan dan mengemas rumah memandangkan saya akan berpantang nanti. Pada masa itu, darah sering keluar dan kerap kali menukar pad. Namun, saya tidak berasa sakit sedikit pun . Oleh itu, saya anggap ia perkara biasa. Hal ini berlarutan sehingga malam apabila Alesya dihantar balik rumah.

            Tetapi hal ini bukan semudah yang saya fikirkan. Pada jam 2.30 pagi sakit mula terasa di bahagian perut, ari-ari dan belakang. Sakit semakin teruk dan berpanjangan. Saya mengambil keputusan terus wasap en suami. En suami meminta saya bertahan. Rupa-rupanya dia menelefon kakak dan abg ipar untuk datang dan membawa saya ke hospital. Alhamdulillah,walaupun masih mengantuk tetapi Alesya faham dan hanya menurut apa yang disuruh. Jam 3.00 pagi kami sampai ke hospital dan terus masuk ruangan emergency E3 sementara kakak di kaunter pendaftaran.

            Saya di minta naik katil untuk pemeriksaan. Setelah di soal selidik, saya di minta untuk mengangkangkan kaki seolah2 dalam keadaan untuk bersalin. Doktor membuat pemeriksaan dan menggunakan alat untuk mengorek masuk ke dalam vagina..sakit dan ngeri tetapi saya tetap bertahan sambil menarik nafas sambil berzikir ..`LAA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHANANAAKA INNI KUNTUM MINAZH ZHALIMIN`…berulang2 tanpa putus…Alhamdulillah keluar seketul seakan- akan kantung..sungguh cantik, bulat dan sempurna..FOC puan sudah keluar ujarnya..saya Cuma mengangguk lemah.

Kantungku
            Saya di minta berehat dan  menukar kain memandangkan darah penuh di katil dan pakaian yang saya pakai.  Saya ingatkan sudah selesai, namun sakitnya masih terasa di bahagian ari-ari, perut dan belakang seakan-akan hendak buang air besar..alahai dalam hati berdoa supaya tidak terberak..huhu..Saya terus meneran macam hendak bersalin dan akhirnya terasa macam ada sesuatu yang keluar. Doctor dan nurse membuat pemeriksaan sekali lagi. Alhamdulillah puan, ada FOC lagi keluar…kata nurse yang sama tadi..Doktor memasukkan sesuatu sekali lagi ke dalam vagina saya..sakit tetapi saya masih tetap bertahan. puan  akan rasa lebih baik sudah ni, kata doctor..puan berehatlah..Alhamdulillah rasa sakit terus hilang serta merta namun, zikir tetap tidak lekang dari bibir saya..Pagi nanti puan akan di rujuk dengan doctor pakar dan sekiranya tiada apa2 puan sudah boleh balik hari ini…yeeeyy..alhamdulillah happy..

            Jam sudah menunjukkan 7.00 pagi, saya meminta kakak balik dahulu membersihkan diri sementara menunggu pemeriksaan doctor pakar.Alesya melambai dari jauh kerana anak kecil tidak dibenarkan untuk mendekati katil pesakit. Sayu dan kecian melihat Alesya..belum ada rezekimu nak untuk mendapatkan adik.. En suami bertanyakan khabar dan rasa bersalah kerana pada saat begini dia tiada disisi. Tidak mengapa, perkara terjadi di luar jangkaan..mungkin ada hikmahnya..saya redha..Flightnya jam 1.20 petang nnt.

            Tepat jam 9.20 pagi saya diusung ke bilik pemeriksaan pakar. Ujian ultrasound dan membuat pemeriksaan ke dalam vagina sekali lagi..kali ini lebih sakit lagi..saya tetap bertahan..Akhirnya, doctor pakar senyum dan berkata..alhamdulillah puan..selesai sudah. inilah yang di panggil complete miscarriage...ni kantung puan..balik nanti minta suami  tanam ya..(gambar di atas) puan tidak perlu masuk wad…saya bagi MC 2 minggu dan ubat..puan berehatlah dan sebulan kemudian review semula..nanti saya bagi tarikh review..Gembira tak terkata..syukur alhamdulillah..segala urusan telah dipermudahkan..Menunggu untuk di jemput balik…

            Bermula episode berpantang……

Wasalam..

With love…mami icha


Comments

Post a Comment