Petua Buang Angin Dalam Badan..
Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Masalah angin
merupakan masalah yang sering kita alami. Biasanya ia berpunca daripada aspek
pemakanan iaitu system penghadaman dan juga persekitaran. Seamua pasti pernah
mengalami masalah ini tetapi bezanya adalah sama ada ia keluar atau tidak dari
badan.
Sesetengah
orang mudah kentut ataupun sendawa, tetapi ada juga yang mengalami masalah
penghadaman sehingga menyusahkan untuk melepaskan angin. Biasanya bagi anda
yang mengalami masalah angina dalam badan, pasti akan merasai symptom seperti
kembung perut, badan lemah, lesu dan tidak bermaya. Keadaan ini akan mnyebabkan
aktiviti seharian akan terganggu.
Oleh
itu, dalam entry kali ini saya ingin berkongsi petua untuk membuang angin dalam
badan. Bahan-bahan yang digunakan amat
mudah diperolehi dan murah. Guna sahaja bahan yang sedia ada di dapur anda…
Antara bahan-bahan yang
diperlukan ialah:
-3
batang serai
-4cm
halia @ 2 ketul
Bahan-bahan
di atas diketuk dan direbus dengan 3 gelas air dijadikan sehingga 1 gelas air.
Seelok-eloknya air rebusan ini dibuat seminggu 2 @ 3 kali untuk hasil yang
memberangsangkan.
Air
rebusan ini sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa berasa letih dan
lenguh2 badan. Amat sesuai juga untuk ibu yang berpantang. Ia boleh melancarkan
peredaran darah malah boleh mengurangkan masalah berat badan. Bagi anda yang
mengalami masalah kolesterol tinggi dan sakit urat saraf boleh mengamalkannya
selepas makan tengahari.
Bagi
yang mementingkan penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga kesihatan dalaman
badan dan menyegarkan urat saraf, air rebusan ini adalah amalan alternatif yang
terbaik. Ia juga dapat membuang toksin dan lemak sekaligus meringankan badan.
Badan akan sentiasa segar dan bertenaga.
Sumber
daripada mr google dan saya sendiri telah mengamalkannya. Alhamdulillah..Hasilnya
terbaik..semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua rakan maya…
Wassalam..
With
love, mami icha..

Comments
Post a Comment