Detox
Hari ini saya ingin berkongsi info tentang menyahtoksin..
Mengapa perlu menyahtoksin?
Cara Memilih Penyahtoksin Yang Boleh Membantu Anda
Hati dan sistem penghadaman merupakan organ penting untuk membantu melupuskan toksin daripada badan kita. Dengan itu, adalah amat penting untuk memilih produk nyahtoksin yang bukan sahaja dapat menyingkirkan toksin daripada badan, tetapi produk nyahtoksin yang dapat menyokong fungsi detoksifikasi hati.
Penyahtoksin yang lengkap boleh:
2. Membersihkan sistem pencernaan.
3. Memelihara keseimbangan sistem pencernaan yang sihat
Sekian info pada entri kali ini.In Shaa Allah pada entri akan datang saya akan berikan info berkenaan produk detoks@penyahtoksin yang boleh digunakan sebagai garis panduan kita sebagai pengguna..
Semoga bertemu kembali..Wassalam
Mengapa perlu menyahtoksin?
Pelbagai toksin yang ada tanpa disedari berada dalam makanan, minuman, persekitaran dan juga daripada tekanan hidup boleh berkumpul dalam 'jentera' dalam badan kita. Pengumpulan toksin yang berlebihan akan memaksa badan kita untuk bekerja keras untuk melupuskannya. Ini bukan sahaja akan menggunakan nutrien penting, malah akan menghakis tenaga, menyebabkan kita berasa letih, tidak cergas dan keseian kulit mula menghilang.
Matlamat utama untuk menyahtoksin adalah untuk membersihkan badan anda mengeluarkan toksin dan sisa buangan yang berlebihan. Apabila toksin dan sisa buangan yang berlebihan disingkirkan, anda akan rasa lebih segar dan bertenaga.
Cara Memilih Penyahtoksin Yang Boleh Membantu Anda
Hati dan sistem penghadaman merupakan organ penting untuk membantu melupuskan toksin daripada badan kita. Dengan itu, adalah amat penting untuk memilih produk nyahtoksin yang bukan sahaja dapat menyingkirkan toksin daripada badan, tetapi produk nyahtoksin yang dapat menyokong fungsi detoksifikasi hati.
Penyahtoksin yang lengkap boleh:
- Menyokong fungsi detoksifisi
- Membersihkan sistem pencernaan
- Memelihara keseimbangan sistem pencernaan yang sihat
Hati merupakan organ detoksifikasi penting di dalam badan. Hati akan menyahtoksin daripada persekitaran, yang dihasilkan oleh tubuh badan dan yang diserap semula dari kolon yang tersumbat. Oleh itu adalah penting untuk memilih produk nyahtoksin yang mengandungi herba-herba pembersih hati untuk menyokong fungsi detoksifikasi hati.
Herba-herba pembersih hati holeh mengakyivasikan hati anda untuk memetabolismekan bahan buangan atau toksin, racun dan residu bahan kimia yang tersimpan di dakamnya. Salah satu herba yang biasa digunakan untuk detoksifikasi hati ialah 'milk thistle' dan 'dandelion'. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak 'milk thistle' berupaya untuk melindungi sel-sel hati dengan menghalang kemasukan toksin yang berbahaya dan membantu untuk menyingkirkan toksin-toksin ini daripada sel-sel hati. 'Dendelion' pula dapat meningkatkan penghasilan hempedu yang membantu dalam proses pencernaan. Dalam erti kata lain, bahan buangan dan toksin boleh disingkirkan dengan lebih baik melalui najis dan toksin yang dikitar semula ke hati untuk dimetabolismekan akan datang.
2. Membersihkan sistem pencernaan.
Untuk membersihkan sistem pencernaan dengan selamat dan secara semulajadi, anda harus memilih produk detoksifikasi yang mengandungi serat larut air dan serat tidak larut air. Serat tidak larut air akan membantu membentuk 'bulk' yang akan menolak makanan menerusi saluran pdncernaan dengan cepat. Serat larut air pula bertindak seperti perangkap di dalam usus kecil untuk mengumpul sisa-sisa ini daripada tubuh badan semulajadi
Semasa penyingkiran toksin dan sisa buangan daripada saluran pencernaan, bakteria yang baik untuk badan juga akan disingkirkan. Bakteria-bakteria baik ini amat penting untuk penghadaman dan penyerapan makanan dan nutrien di dalam badan. Oleh itu, ini amatlah penting bahawa produk nyahtoksin yang dibeli dan digunakan mempunyai probiotik untuk memulihara dan mengekalkan kesihatan dan keseimbangan flora bermanfaat di dalam saluran pencernaan. Perkembangan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit akan berkurang dan penghadaman makanan akan menjadi lebih baik.
Semoga bertemu kembali..Wassalam

Comments
Post a Comment